Monday, 18 February 2013

Illustration~

Assalamalualaikum~

Haaa..sejak beli Tablet Wacom baru ni..ade je semangat nak main lukis2..
Nak2 pula bila kawan perkenalkan software baru (Manga Studio 5)..huhuhuu..

yup..2 lukisan dah saya siap kan dalam tempoh 2 days saja..hehehe

saksikan lah~


Memandangkan game Devil May Cry dah keluar baru..
character DANTE kali ni memikat hati la..mungkin sebab rambut die pendek kot..hehe..mklum la..kite ni suke lelaki rambut pendek..haha..

Dante(DevilMayCry5)
Digital Painting

Ha yang ini pula, salah seorang Character dalam game
Dragon Age 2, name die ANDERS. Game ni la satu2nye game  RPG yg kite suke..hehe..

Anders and Justice (Dragon Age 2)
Digital painting

Yang ini~..my Favourite Character in Dragon Age 2..FENRIS!!!.
walaupun die selalu nk mrh je dlm game 2..hehehehe




Wednesday, 6 February 2013

Step Saya Melukis


Assalamualaikum~

Bagaimanakah cara kite menghasilkan sesuatu artwork?
haa..begini cara secara ringkasnya..


Step pertama.
Mula-mula, kite sketch dulu di atas kertas. Maklumlah, kalau nak lukis direct dekat laptop x hebat la..hehe

Step Kedua.
Dengan berbekalkan Mouse sahaja, kite trace outline dekat Adobe Illustrator.
Tapi kalau pakai tablet, kite trace outline direct dekat Adobe Photoshop saja....hehe

Step Ketiga.
Proses mewarna berserta tona..kite prefer photoshop la..sebab Sai x abis explore lg..
alaaaahai~~


Ibu
Digital Painting
Siap~~

Monday, 4 February 2013

Assalamualaikum

Mereka Yang Tercinta~

Ayahku
Seorang yang sangat garang pada luarannya,tetapi lembut pada hatinya.
Seorang yang sangat berwibawa di mataku dan adik2ku.
Seorang yang kuat bekerja agar tanggungannya dalam keadaan yang selesa, walaupun hakikatnya tubuh badannya penuh sakit dan penat.
Seorang yang mampu melayan kerenah anak2nya walaupun seharian bekerja.
Seseorang yang sanggup berhabis duit menghantar anak2nya belajar walau kos yang diperuntukan sangat tinggi.
Seseorang yang zahirnya agak pendiam tetapi mulutnya penuh kata-kata semangat untuk anak2nya.
Seorang yang sangat bercita-cita tinggi.
Seorang yang sangat murah hati.


Mamaku
Seorang yang tegas dan perfect bagiku.
Seorang yang tabah mengurus suami dah anak2nya.
Seorang yang sentiasa ada dan memberi support untuk anak2nya.
Seorang yang multi-talent.
Seorang yang tenang wajahnya.
Seorang yang sentiasa penat, namun tidak pernah menunjukkan penatnya kepada anak2nya.
Seorang yang mampu sekepala dengan anak2nya.
Seorang yang tak sampai hati melihat anak2nya susah hati.



Mereka adalah kekuatan bagiku. Tak dapat nak bayangkan kalau mereka tiada disisiku. Ya Allah, Engkau panjangkan umur mereka agar mereka dapat melihat anak2 mereka membesar dengan jayanya.insyaAllah..amin~

Kepada di luar sana yang masih ada parents, jaga la mereka baik2 sementara mereka masih lagi bernafas, jangan anda lupa berbakti kepada mereka, sayangi mereka, buat mereka bangga. jangan patahkan hati mereka, Allah murka!

Dan kepada mereka yang sudah kehilangan salah satu atau keduanya sekali, sentiasa lah doakan mereka. Paling kurang pun sedekahkan Al-Fatihah.

Wassalamualaikum.

(ps: tetibe pulak teringatkan parents)